Thursday 15 December 2011

Kalakatar


Tiba-tiba je teringat nak buat kuih kalakatar ni. Kuih ni cukup popular di kalangan orang Banjar. Masa bulan posa kalau balik kampung mesti cari kuih ni dulu. Paling nyaman kalakatar yang dijual di pasar Ramadhan Batu 5, dekat ngan Parit Buntar. Sekarang ni dah teringin sangat nak makan, kena la ma'ulah sendiri...hehe. 


Resepi ni saya amik dari fb Ana. Thanks, Ana. Ikam buat tau, jangan tak buat. Takkan nak telan air liur je...haha...

Kalakatar

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
6 cawan air kelapa muda (klu nk kuih keras sikt, boleh letak 5 cawan air)
2 cawan isi kelapa muda
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1) Campurkan dan gaulkan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas.
2) Setelah campuran tadi sudah digaul sebati, tapiskan ia ke dalam periuk...utk pastikan tiada tepung yg berketul
3) Masak adunan dalam periuk (guna api sederhana) hingga naik wap (sentiasa gaul)
4) Kemudian masukkan ke dalam dulang yg disapu dengan sedikit minyak
5) Taburkan isi kelapa muda, bakar selama 1 1/2 jam dgn kepanasan 200'C .

Tips: Resepi ni perlukan 2 biji niyor anum. Imbah masak, wadai ni lambik sikit. Masukkan dalam peti es. Baru elok dipotong. Ada yang suka makan panas-panas guna sudu. Kalau nak diikutkan namanya, kalakatar bermaksud 'ketika panas'. Jadi suka ati ikam le nak makan panas atau sejuk.

Dah siap pun. Jemput makan semua...yum yum...

6 comments:

  1. Alhamdulillah...saya dah buat kuih ni dua kali guna resepi yg di berikan...kebetulan pokok kelapa saya berbuah dan sedang elok mudanya...kali pertama ikut resepi sebijik yg ini adunan nya agak lembik tp kalau buh dlm fridge ok..kali kedua buat saya tambah satu sudu besar bagi setiap jenis tepung dan alhamdulillah tekstur nya sgt elok bila d potong...terima kasih Eiyna kongsi resepi kuih yg menjadi kegemaran kami sekeluarga...hari khamis ni nak balik bagan serai kat pokok ade 3 biji kelapa yg sedang elok utk d buat kalakatar...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ada satu entry lain sy edit air kelapa guna 5 cawan. Masak sampai pekat skit, pastu bakar. InsyaaAllah cantik juga bila dipotong.
    Blk kpg kena buat lebihlah��. Smg slmt smpai ke destinasi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. saya Siti Maryam pelajar tingkatan 6 dari SMK Abu Bakar Al Baqir, sedang membuat kajian tentang masakan Banjar. Boleh saya dapatkan no telefon cik untuk ditemu ramah? Kerjasama daripada cik amat saya hargai.

    ReplyDelete
  4. W'salam. Boleh, Maryam. Contact 013 2018634

    ReplyDelete
  5. Bulih lah kainak mambukak restoren makanan banjar

    ReplyDelete
  6. klw bkr guna sabut klpa lg sdapkn

    ReplyDelete